DIY : DONUT GEBU

Sumber : fb Azimah Chebu
Dicuba : Haniza Homemade

Kredit kat tuan punya resepi.. terima kasih bagi resepi ni.. Best.. Sedap.. Lembut.. Lemak.. Kite tepek kat sini senang nanti nak buat lagi

RESEPI DONUT GEBU

Bahan-bahan :
265gm (ais ketul + susu + 2 kuning telur) 

Lepas uli.. Doh dah ready timbang terus dan rounding. 
35gm tau

Leperkan dan tebuk. Tunggu sebentar

Goreng

Dah salut gula aising

Nampak tak tekstur tu.. Lembut.. Gebu.. Lemak๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜

✅265 g cecair ( telur kuning 2 biji + ais kiub + susu segar). Suka hati la nak bubuh ais dan susu banyak mana Pandai-pandai agak, yang penting masuk telur kuning dulu 2 biji. Kalau xda susu nak buh ais + air masak pon boleh, boleh letak susu tepung 2 sudu besar susu anak pun boleh (fungsi susu nak bagi lemak).
Kalau uli bread maker guna air sejuk dari peti ais, kalau uli tangan guna air suam.
✅60g gula pasir / kastor.
✅5 g garam halus.
✅500 g tepung (Nak guna tepung high protein lagi bagus.) extra 50g tepung incase takut kawan-kawan tak pandai nak handle doh lembut, tambah sikit-sikit ikut keperluan.
✅8 g bread improver.
✅80g marjerin (Nak guna butter pun boleh.)
✅ 1 peket yis kering.

Cara-cara :

✅Masukkan cecair dalam mangkuk adunan.
✅Masukkan gula dan garam.
✅Di ikuti dengan tepung + improver, last masukkan yis.
✅Uli sampai jadi doh yang bergumpal baru masukkan marjerin. Uli sampai lincin.
✅Nak test doh dah ready atau belum, ambil sikit tepung, regangkan bagi nipis macam nak buat roti canai tu. Kalau elok ja tak koyak dah boleh stop uli.
✅Siapkan alatan untuk rounding doh.
✅Timbang doh 35g each. Rounding atau bunjutkan kemas2 bagi lincin dan bulat.
Step ni PENTING untuk donut yang CANTIK.
✅Buat sampai habis doh. Kemudian mula canai dan tebuk lubang (rujuk vedio).
✅Susun dalam dulang yang di lapik kertas dan tabur sikit tepung.
✅Kembangkan dalam 20-30 minit, cmah masukkan dalam oven yang di panaskan terlebih dahulu (Konon2 proofer lah ni). ๐Ÿ˜… Panaskan dalam suhu 50 ja, terlebih kang yis MATI KEJUNG (kalau yis mati tunggu sampai esok pun tak kembang).
Bila oven dah panas, buka pintu oven tunggu kejap, bagi keluaq haba panas dulu baqu bubuh donut. ๐Ÿ˜

#edited resipi ni buat dapat +- 27 biji doh seberat 35g (lubang tengah tu ambik kumpul dan timbang semula 35g). Kalau buat berat kurang dari tu boleh dapat banyak biji lagi. Terserah kalian nak buat besaq mana, ni sekadar panduan, donut cmah memang antara 30-35g selalunya.

#edited proses proofing hanya sekali sahaja. Cepat boleh makan, hihihihi. Hasil sama ja macam kembangkan 2 kali. Lebih senang nak handle doh, dan elakkan doh bau masam lagi2 kalau guna yis brand mauripan, kuat sikit bau yis ni.

#edited doh ni boleh buat aneka bun, roti loyang, base pizza, burger Malaysia juga ya kawan-kawan.

#hanizahomemade

DIY : Kuih Lapis Boleh Kopek

RESEPI KUIH LAPIS YANG SANGAT MUDAH DAN SEDAP!!!!

Bahan-bahan kuih lapis:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara buat kuih lapis:
3 jenis tepung
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2cawan tepung gandum
Sedikit garam

3 jenis tepung dan 1 cawan gula dicampurkan

Masuk santan dan air
1 cawan santan pekat
3 cawan air

Ratakan adunan sampai rata

Bahagi 2 kaler
3 cawan kaler putih
3 cawan kaler hijau /merah

Awal kaler putih akhir kaler hijau

Cun wo..  Maka berebutlah mereka sebelum sempat tunggu betul2 sejuk

Nampak tak boleh kopek selai2

๐Ÿ“Masukkan santan dalam periuk dan panaskan sebentar hingga suam-suam kuku. Tutup api.
๐Ÿ“Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
๐Ÿ“Masukkan santan dalam mangkuk. Gaul hingga tidak berbintil.kemudian tapis..
Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian.
๐Ÿ“(1)Warnakan dengan warna merah
   (2)plain + perisa ros.
Tuang 1/3 adunan tanpa warna ke dalam loyang berukuran 8 inc yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Kukus selama 5 minit dengan api kuat.
๐Ÿ“Lepas lapisan pertama masak, tuang 1/3 adunan merah. Kukus lagi.
Ulangi proses hingga dapat 6 lapisan dengan diakhiri lapisan merah.
๐Ÿ“Angkat dan sejukkan sebelum di potong.

Jom share ramai2.

Sumber: Fb Aznie Khasri
Dicuba : Haniza Homemade

Psst: ni Pakai kaler ijau epal dan coconut pandan.
Siap bole kopek sekeping sekeping tau

Jom like, share dan follow ===> Haniza Rujhan

DIY : Roti Canai (tanpa telur)

Assalamualaikum.
PKP hari ke 11..
Rindu dah nak ngeteh roti canai kat kedai. Tak dapat ngeteh kat kedai.. Kite Belajar menebar. Jadilah.. 9 keping je.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜ŠRoti canai banjir..+ teh tarik.
Kredit pada pemberi resepi.. Terima kasih.. Sedap gak walau tak letak telur pon.

Resepi : ROTI CANAI (tanpa telur)
Sumber : Rohani Ibrahim
Dicuba : Haniza Homemade

*1 sb gula
*1 sb susu pekat
*1 sb planta ( cairkn dlm kuali )
*1 sudu kecil kfc garam
*1 cawan air sejuk dr peti
4 cwn gandum

sebatikan smua bahan bertanda utk bg gula larut, pastu masuk kan gandum sdikit2 sambil tu uli.... Uli sampai sampai doh jd licin... Lps tu bulatkn ikut besar mana kita nak... Agak2 la... sy buat dpt 10 biji... nk besar lg blh buat 8 biji je... Lps tu sapu minyak, sebenarnya minyak tu skit je, tp bila dh tengelam roti tu nampak mcm banyak...dlm 3-4 jam dh blh goreng.
Gula, susu pekat, marjerin, garam dan tepung disatukan. Masuk air sejuk yang ditambah ais.. 

Dapatlah 9 biji

Salutkan dengan marjerin. Letak minyak sket

Dah siap tebar. Siputkan.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜Ade rupe tak?? 

Nipiskan.. 

Half cook

Dah siap goreng.. Banjirkan dengan kuah kari.. ๐Ÿ˜˜
Bismillah

Cara cikliza:
Masuk semua bahan dalam mangkuk mixer. Uli sampai jadi doh.
Bulatkan doh kecil2 dapat 8 biji.
Salut dengan marjerin.. Letak sikit minyak.
Biar sampai pagi.
Canai dan goreng.
Siap

#alhamdulillah

DIY : KEK KAREMEL OMBAK RINDU


Assalamualaikum. 
Baru-baru ni besday papa.. Sempena besday papa kite buatkan sebiji kek karemel ombak rindu. 
Resepi ambil kat fb. Cubalah.. Menarik tertarik.. ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹.. Terima kasih pemberi resepi.. Kite letak dalam ni.. 

sumber: fb Noah Asfa
Dicuba : Haniza Homemade



Bahan-bahan untuk  :

2 ½ sudu makan gula
2 biji telur kuning dan putih
3 biji kuning telur
1 tin susu cair
1/2  cawan susu pekat
1 sudu makan penuh tepung kastard
1 sudu the esen vanilla
Tabur gula ke dalam loyang 9 inci.Masak di atas api kecil sehingga gula cair dan bertukar keperangan.Sengetkan loyang supaya karamel rata. Sejukkan.

Untuk puding karamel pula,kacau semua bahan menggunakan garfu sahaja supaya sebati.Jangan biarkan berbuih.Tapis ke dalam loyang tadi. Biarkan seketika lebih kurang 15 minit untuk puding mula membeku.

Bahan-bahan Resepi Kek Karamel Pelangi :
3 biji kuning telur
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu the esen vanilla
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
Pewarna pilihan
Serbuk koko/milo secukupnya
Bahan-bahan meringue :

6 biji telur putih sahaja
3/4 cawan gula putih
1 sudu teh cream of tartar
Cara penyediaan meringue : 

#1: Pukul semua bahan pada kelajuan pelahan dahulu supaya sebati dan naikkan kelajuan laju untuk 2-3 minit dan mula perlahankan semula sehingga adunan mula bertanduk soft peak.Maksudnya tanduk mula terbentuk dan bila terbalikkan bekas, adunan tidak tumpah.

Untuk kek karamel pelangi ini, bahagian atas menggunakan puding gula hangus dan lapisan bawah bukan kek coklat tapi kek pelangi.Jom buat dengan berpandukan resepi penuh kek karamel ini.


Cara penyediaan kek karamel pelangi :

#1: Pukul telur,gula,air,minyak dan esen vanilla hingga berkrim.Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama.Pukul lagi hingga kembang.

#2: Masukkan meringue dalam 3 peringkat.Kaup balik dari bawah ke atas perlahan-lahan sehingga sebati.

Bahagikan adunan kepada tiga bahagian secara sekata.2 bahagian dicampur pewarna manakala 1 bahan lagi warna asal.Boleh mula panaskan oven pada suhu 170’C selama 10-15 minit.

#3: Dengan gunakan sudu, tuang adunan hijau ke dalam Loyang berisi pudding tadi dengan perlahan dan berhati. Ratakan dengan sudu dan tak perlu rata sangat untuk dapatkan corak beralun ya.Adunan akan terapung.Kemudian ayak serbuk koko atau milo membentuk satu lapisan nipis.Ulang proses yang sama dengan 2 lapisan tadi.Lapisan terakhir tak perlu ayak serbuk koko atau milo.

#4: Bakar menggunakan kaedah water bath iaitu letak loyang kek ke dalam loyang 10 inci yang berisi air panas sehingga loyang tenggelam pada paras suku.Bakar selama 45 minit  pada api atas bawah suhu 170’C dan  15 minit pada api atas sahaja.

Setelah kek caramel pelangi anda masa,sejukkan 20 minit hingga kek lekang daripada loyang.Terbalikkan dan siap.Siap dan selamat mencuba

Awal step.. Karemelkan gula. Jaga tau jangan hangus sangat. 

Satukan telur, gula

Susu cair.. Susu pekat.. Telur.. Esen vanilla.. Tepung kastad.. Satukan.. Sebatikan.. Nanti tapiskan masuk dalam loyang

Telur putih.. Yang ni nak buat meringue.. Nanti kene letak gula. 

Tepung, soda bikabonat, baking powder diayak

Bahan yang diperlukan
Dah tuang campuran telur dalam loyang yang ada gula karemel

Buat meringue

Meringue yang dah kental.. Ngiring.. Sendeng.. Telangkup pon tak jatuh punya

Campurkan meringue ke dalam adunan tepung.. Yang ni buat 3 bahagian.. Atau 3x..kaup balik.. Buat rata ye

Dah siap.. Masukkan dalam loyang.. Atas adunan telur.. Adunan kek akan terapung. 
Setiap lapisan taburkan dengan serbuk koko yang diayak rata

Dah siap.. Tunggu sejuk sikit tepi kek akan lekang daripada loyang

Terbalikkan.. Maka ini hasilnya. 
Dah nama pon kek karemel ombak rindu, permukaan pon berombak๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ.. Jangan risau itu seni

Deko la sikit. Hehee.. Spesel sikit sebab buat untuk besday papa

Potong la

Ini hasil akhir.. Sebab kaler ni je yang ade kat umah.. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Bole licin dalam sekelip mata.. 
Tau tak kek ni just nice.. Tak manis leting tahap kincing suwit.. ๐Ÿ˜

DiY : Basque Burnt Cheesecake

Assalamualaikum .
Lama dah peram resepi ni.. Punya lama cam siput bergerak nak mulakan langkah.. Padahal takde la amik masa lama cuma bahan ade sikit pricy. Itu yang menyebabkan percintaan tertangguh nak buat sambil ambil gambar step by step.


Basque Burnt Cheesecake

Sumber : Rita Zara
Dicuba : Haniza Homemade

Bahan2 :
250g cream cheese
125ml  whipping cream DAIRY cth anchor, emborg, arla
(TAK BOLEH PAKAI NON DAIRY WHIPPING CREAM/FRESH CREAM sbb perlukan fat yg cukup)
85g gula
1 sudu besar esen vanila
2 butir telur B (Nak A pun boleh, asal bukan C, D, E, F, G, H eh korang nyanyi lah sendiri dgn anak2๐Ÿ˜œ)
9g tepung gandum diayak

Step by step di gambar.

Bahan-bahannya ye.. 
Satukan cream cheese dan gula
Telur
Tepung
Krim

Kite kembangkan cream cheese dan gula.. Mixerkan sampai gula sebati. Dalam 2 minit gitu

Masuk telur sebiji.. Sebiji.. Tapi ni masuk sekali arung sebab dah ade yang mula mengacau

Mixerkan sebati ye

Masuk tepung.. Yang ni kacau dengan whisk.. Sebati je tau

Masukkan krim dan kacau guna whisk

Yeyyyy.. Dah siap

Tuangkan dalam loyang 6".. Sapu gris dan letakkan baking paper.  Lebihkan tau baking paper tuq

Dah siap bakar.. Suhu 200°c 

Orang kata lagi tentung lagi sedap

Dah potong.. Bole ngap

Mabeles okeh.. 

Loyang size 6, tapi saya xde, sy pakai 7. Pakai lah 6, cantik, tinggi.

Bakar suhu 200 degree, api atas bawah. 1Jam. Dah tinggal 10min terakhir tu, korang naikkan lah suhu jd 210 camtu. Jadi lg hitam lagi sodappp.

TAK PERLU WATER BATH. lagi hitam, lagi geseng orang jawa cakap lagi sedap.


Jangan lupa like, follow dan share fb ===> Haniza Rujhan

Selamat mencuba.. Kalau yang berdekatan nak oder bole wasap dengan cikliza๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜



hanizarujhanfamily blog