Salam petang khamis.. Tengahari ni rasa nak buat burger sendiri.. Nak makan tapi takde daging burger..
Sesuka je cukai daging ayam sikit lebur masuk dalam blender.. Mujur tak kiok blender tu hahahaaa..ikut naluri je ape nak letak... Adelah rasa dan rupe burger... 😍😍.. Bangga siot..
Bahan yang digunakan:
Ayam bahagian dada
3 biji Kentang direbus
Suku batang Karet direbus
Seulas Bawang putih
Garam
Perasa
Lada hitam ditumbuk
Setengah biji Bawang besar didadu
3 sudu besar Tepung gandum
2 sudu besar Tepung ubi
Cara buat:
Rebuskan karet dan kentang.. Blend sekali dada ayam.. Letak semua dalam bekas.
Masuk bahan lain dan rasakan masinnya..
Panaskan kuali letak sedikit marjerin atau butter.. Guna acuan goreng telur tu letakkan 2 sudu besar adunan tadi.
Kalau nak frozenkan cukup sekadar kuningkan sedikit. Sejuk.. Dan frozenkan.
Kalau untuk makan terus masak je seperti biasa. Siap untuk dimakan bersama roti homemade.
Sedia untuk dibentuk
Masukkan je 2 sudu besar adunan dan ratakan
Baru half cook
Ok ni masak terus
Harum bau pandan
Macam2 rupa ade yang ni kire siuman sikit.. Lain2 obesiti.. Baju tak muat.. 🤣🤣
Belah dua.. Sapu marjerin.. Panaskan sampai garing sikit
Siaplah kepingan2 sayur
Taraaaa.. Nikmatinya dengan bismillah
8 ketul u
No comments:
Post a Comment