DIY : Puding Roti Sos Kastad

Assalamualaikum.

Jom buat puding roti yang curah dengan sos kastad.. Yummey.. Taip pon dah terase masuk tekak.. Nak pulak baru keluar peti sejuk... Fuh mengancam abis diet... Diet... Hehheee mane ade...

Sumber : fb June Ahmad
Dicuba : Haniza Homemade


Bahan:

12 keping roti
1/2 tin susu pekat
4 biji telur
1/2 cawan susu cair
2 1/2 mug air panas
Esen vanilla
Sedikit garam

Cara:
Guntingkan je.. Senang

Letak air panas dalam bekas roti

- carikkan kecil-kecil roti tadi. Masuk dalam bekas dan di tuang air panas.
Masuk telur dan esen vanilla

Masuk susu cair

Masuk susu pekat

- satukan telur, susu pekat, susu cair dan garam.
-masukkan adunan telur ke dalam roti tadi.
Panaskan butter dalam loyang

-cairkan butter lepas tu masukkan dalam adunan.
Tuang butter cair dalam adunan

-masukkan semua bahan dalam loyang.
Yang ni  tabur cip coklat dan kepingan badam

-taburkan kismis atau cip coklat.. Atau apa sahaja kekacang.
Alamak.  Mengembang pulak bila bakar.. 🤣 🤣 

-bakar 45minit 175°c.


Sementara adunan puding dibakar.. Kita buat sos kastad.

2 sudu besar tepung kastad
1/2 tin susu cair
1/2 cawan air panas
2 sudu besar susu pekat
Sedikit garam
Satukan semua bahan

-Satukan air panas dan tepung kastad
-masukkan susu cair, garam dan susu pekat.
-masak di atas api perlahan sehingga pekat sedikit.
-biarkan sejuk
-makan bersama puding roti
Siyes sedap... Korang cubalah.. Tq sis resepi simple tapi sedap ni...

DIY : Kuih Peria

Assalamualaikum..
Salam zohor..
Dah lunch ke.. Kite baru je nak masak.
Tadi bukak fridge ade sikit lagi inti red bean.. Teringat tepung pulut ade lagi..
So jadikan ngam2 dengan inti tu maka jadilah kuih peria..

Sumber : fb
Dicuba : Haniza Homemade

Bahan:

1cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit pewarna
Sedikit garam
1 cawan air suam (jangan masuk semua ye)
2sudu besar santan
Inti red bean secukupnya

Cara buat.

Satukan tepung, santan, pewarna (nak kalerful pon bole.. Tapi kite suke kaler ijau je) , garam.. Tuang air sikit-sikit.. Uli sampai jadi doh lembut tak lekat tangan.

Bentukkan doh tadi.. Masukkan inti red bean.. Tutup kemas dan bentukkan menjadi lonjong. Lebih kurang 15 biji..

Guna garfu untuk buat garisan.

Kukus sehingga masak.

Siap.
Selamat mencuba..





DIY : Begedil Kentang Sempoi

Assalamualaikum..
Minggu2 dekat nak last cuti sekolah.. Aktiviti memang tak lari dari dapo.
Jadi harini memang tak berapa nak masak nasi.. Tengahari tadi rebus ketupat je.. Lepas tu buatkan sambal kacang.. Itu pon pakai badam cincang.. Hahahaa.. Janji rasa ade.. Bolehlaaaa..
Petang masih berbaki ketupat tu.. Haaa ape ye yang nak dilawankan. Jadinya buat begedil kentang.. Sup daging.  Sambal kicap.. Jadilah soto sempoi tanpa suun goreng dan kacang goreng.
Kuih bakar pon siap.. Bole makan sekali malam nanti.


Jom tengok resepinya..
Sumber : video.. Tak ingat pulak namanya
Dicuba : Haniza Homemade

BEGEDIL KENTANG SEMPOI

Kentang 4 5 biji
Bawang putih 2 ulas
Bawang merah 2 biji
Daun sup
Secukup rasa
Lada itam
Telur sebijik

Kentang potong dadu.. Rendam dengan air garam.. Gorengkan.. Angkat dan tos... Tumbuk lumat.



Bawang putih dan merah dihiris.. Gorengkan.. Dan tumbuk.

Daun sup diracik.

Satukan daun sup, kentang yang dah ditumbuk, secukup rasa, lada itam yang ditumbuk dan bawang yang ditumbuk.

Kepalkan dan leperkan.

Celup telur.. Goreng sampai kekuningan.

Siap.. Dah boleh makan dengan soto.

Sedap tau.. Trylah buat...


DIY : Kuih Bom Superb

 Assalamualaikum.
Salam Jumaat penuh barokah.
Arini teragak je nak makan kuih bom. Selalu ari jumaat papa gi beli kat pasar.. Arini tak gi.. Jadi kite buat je la..

Sumber : fb Mardia Kitchen
Dicuba : Haniza Homemade



RESEPI KUIH BOM

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
2 cawan air suam
Secubit garam halus
Bijan secukupnya untuk salutan kuih bom

Tepung gandum, tepung pulut, garam dan air
Bahagikan doh.. Yang ni 30gm

Guna ready-made red bean 11gm

Bijan secukupnya.. Ni sepekat.. Ngam2 untuk adunan ni

Dah siap bulatkan lepas balut bijan

Nak goreng terus bole.. Tak pon simpan kejap dalam fridge

Sambil goreng sambil ngap kalau tak tak merase.. 


Cara membuat doh:
Masukkan semua bahan-bahan diatas iaitu tepung pulut, tepung gandum dan garam. Kemudian,
masukkan air secawan dahulu. Gaul dengan garpu you all.
Apabila sebati tepung sedikit keras, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli dengan tangan untuk rasa dan mendapatkan doh yang tak melekat di tangan. Ingat! jangan guna air sejuk.
Doh jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Memadai boleh membaluti inti.

#air tak sampai 2 cawan


INTI
Kacang Hijau
250gm kacang hijau
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut putih/muda
3 sudu besar tepung gandum
secubit garam

Cara membuat Inti:
Gula melaka di masak dan buat air, tapiskan.
Kacang hijau di rendam selama 6jam
Masak kacang hijau bersama air secukupnya ( Jangan terlalu banyak ) hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering. Selow api.
Kemudian, masukkan kelapa parut, air gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.
Last masukkan tepung.
Kacau tanpa henti supaya tidak berketul.
Tutup api supaya tidak hangus.
Setelah sejuk, buatkan bentuk bulat inti tersebut.

Setelah siap salutkan dengan tepung dan golek diatas bijan.

Goreng dengan api sederhana-perlahan.

Untuk Frozen, goreng sekejap sahaja sehingga menampakkan texture bijan terus angkat.
Sejukkan dan simpan dalam tempat beku.
Untuk menggoreng semula perlu defrost terlebih dahulu.


Siyeslah.. Memang sedap.. Cubalah.. Tq tuan resepi.. Saya abadikan disini.. Senang nak buat rujukan.. 😊😊

DIY : Vadai

Assalamualaikum..
Arini kemas susun bahan dalam gobok.. Jumpalah kacang dhal adelah dalam secawan.. Tengok elok lagi.. Cuci dan rendam.. Lama jugak mikir apa nak buat ye.. Kalau nak buat lempeng ngan kari.. Dah bape ari asyik kari je..
Teringat mase kecik mak suka buat vadei.. Gugel terus adelah 1 page kat fb ni tunjuk bahan.

Sumber: fb YummY Kitchen
Dicuba : Haniza Homemade


Bahan :

Kacang dhal - cuci dan rendam. Sejam dua.
Cili hijau
Bawang putih
Jintan
Sedikit Kayu manis
Daun kari

Semua ni akan diblen.  Tapi jangan sampai hancur sangat tau.

Bawang merah hiris
Cili hijau dihiris
Daun kari dihiris
Garam secukup rasa

Campurkan dengan bahan yang diblendkan.. Gaul rata.
Dah campur semua.. Kacau sebati. 

Bntukkan guna sudu besar

Goreng

Angkat dan toskan

Siap.. Jom sappedek. 

Panaskan minyak.
Bentukkan.. Tadi letak kat senduk dan teruskan masuk dalam minyak panas.
Goreng sampai masak.
Siap..
Bole makan dengan sos pilihan.

Siyes sedap makan ramai2..
Tak sangka pulak dorang ni makan.. Buat sikit.  Maka berebutlah mereka..

DIY : Kulit karipap rapuh


Assalamualaikum.
Teragak nak makan karipap, asalnya malas nak buat tapi tengok kentang ade.. Dengan pantas cari resepi berkenan. Kali ni kite cuba satu resepi pastry rapuh ye..
Jom tengok resepinya.. Kredit untuk tuan punya resepi . Kite letak sini.. Senang nanti nak ulang siar..



Sumber : fb kak adamsufimazri
Dicuba : Haniza Homemade

Untuk Pastry Rapuh
Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak ( di panaskan )
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk
Garam
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis 2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar ( OPTIONAL)
Garam/gula secukup rasa
2 biji bawang kecil dan daun kari (dikisar )

Cara :
PREPARE KULIT KARIPAPNYA DAHULU YA:
Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.
Marjerin dan tepung

Air sejuk

Satukan marjerin dan tepung.. Gaul macam serbuk roti

Masukkan minyak yang dipanaskan.. Gaul guna senduk

Nanti akan jadi macam ni. 

Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh cantik

Dah siap uli

Sedia letak dalam peti sejuk 1 jam

Bahagikan adunan.. Buat bola kecik. Canaikan dan letak inti. Kelim cantik2.. Hahahaaa.. Yang atas tu macam-macam rupa ade. 
Goreng buat sarap
Dah senyum ke pagi ni. 
Ni kes kelim sikit sangat.. Hahahaaa.. Belum bole jadik makcik karipaplah... 🤣 🤣 


Inti Karipap:-
Potong dadu keledek dan rendam dalam air,
blend udang kering dan ikan bilis hingga hancur
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering add daun sup ( optional), tutup api dan sejukkan.


Resepi keledek kite ganti dengan kentang.. Lain2 bahan sama sukatan agak2 je.. Daun sup pon tak letak.. 😊😊😍.

Cubalah.. Sedap tau.. Yang penting buat dengan penuh kasih sayang.. 👍👍😚😘😍

DIY : Kek Alunan Kasih

Assalamualaikum.

Pagi lagi dapat wasap abang dari johor nak singgah umah..
Ape ek nak jamu..
Kite buatkan nasi lemak dengan kek alunan kasih.. Memandangkan 2 ari lepas besday die.. Buatkan sebiji cuma takdelah payung kecik.. Hahahaaa..
Tq tau singgah sini.. 😊😊
Jom kite tengok resepinya.. Tapi pic step by step takdan nak amik.. Perang dengan anak-anak.


Ni guna loyang 8x8.. Dan ketinggian die macam dalam pic ye.. Horeyyyyy... Jadik.. Kah3 perasan nduk. 

Sumber : fb kak Aznie Khasri
Dicuba : Haniza Homemade

☕Kek Alunan Kasih ☕

 Bahan

5 biji telur (A)
250g butter/ marjerin
180g gula halus
250g tepung gandum
2 s/t baking powder
100ml susu cair
1 s/t esen vanila
serbuk koko secukupnya (untuk ayak atas kek)
warna ikut suke

💋pukul butter & gula hingga kembang..
💋 masukkan telur 1 persatu pukul hingga kembang..
💋masukkan tepung sedikit demi sambil dikacau hingga sebati..
💋masukkan esen vanila juga susu... kacau hingga sebati...
💋bahagikan adunan kepada 5 bahagian...
💋 (1)ungu (2)hijau (3)oren (4)biru (5)pink.... masukkan setiap adunan kedalam piping bag yg berasingan...
💋lapikkan loyang ngan kertas kek & griskan dengan butter..taburkan skit ngan tepung..
💋ambil adunan warna ungu...pipingkan kedalam loyang hingga habis semua adunan... kemudian ambilkan serbuk koko dan ayak rata diatas adunan ungu tadi...
💋ambik pula adunan hijau...pipingkan rata diatas serbuk koko tadi hingga abis semua adunan... ayakkan lagi ngan serbuk koko hingga rata...
💋ulangkan juga lagi ngan adunan oren.. biru juaga pink hingga habis...
💋untuk adunan pink bahagian atas sekali x perlu ayak serbuk koko ya...
💋kemudian bole la dikukus @ dibakar.....
💋kalau dikukus.. kukus selama 1 jam....
💋kalau dibakar bakar selama 40 minit pada suhu 150'-160'...
**siap**
Potong muat-muat masuk tuppeware. 
Jujur cakap kalau letak pewarna terang lagi menawan, tapi kite suka kaler soft2 je.. Takpe lainkali kite try letak kaler terang lagi ek.. 

Kek ni sedap.  Lembut.. Moist..panas2 potong dah dan berebut anak2 serang. 
Kredit buat tuan punya resepi.. Kite abadikan dalam ni.. Buat tatapan anak-anak nanti. 

hanizarujhanfamily blog